Sunday, March 3, 2013

Darah tinggi pembunuh senyap




Tekanan darah adalah merupakan tekanan yang akan dikenakan pada pembuluh arteri semasa berlakunya peredaran darah yang disebabkan denyutan jantung. Penyakit darah tinggi adalah merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.



Akibat tekanan darah tinggi


Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut


-serangan jantung

-angin ahmar

-kegagalan jantung

-kerosakan buah pinggang


Cara Atasinya

amalkan cara pemakanan sihat dan cuba petua tradisional iaitu dengan meminum air rebusan daun saderi setiap hari.Juga digalakkan amalkan bekam darah 2 minggu sekali
"Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka BEKAM juga dapat menyembuhkannya."HR Malik

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved SELAMAT BERBEKAM