Sunday, March 3, 2013
Bekam atasi masaalah mengantuk dan keletihan
Berbekam atasi masaalah berdengkur
Merawat Jantung dengan berbekam
Titik utama bekam
1. AL AKHDA’AIN :
a) Terletak di sekitar otot-otot (urat leher) kanan dan kiri, di sekitar vena jugularis interna dan di
sekitar otot sternocleidomastoideus.
b) Merupakan pusat kegiatan dan perjalanan dari usus kecil dan besar.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pergubatan sakit leher, leher ngilu, tinnitus, selsema, pipi bengkak, mencegah sakit kepala, sakit wajah, sakit gigi, sakit telinga, hidung, sakit kerongkong dan lain-lain.
2. ILTIWA’
a) Terletak di bawah mata kaki bahagian dalam (malleolus medialis), antara malleolus medialis
dengan tulang tumit (calcaneus)
b) Merupakan pusat pperjalanan organ ginjal
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan tinnitus, hemoptisis, gangguan haid, insomnia, ejakulasi pramatang, masalah saraf, ginjal, bronkietasis, pinggul , gangguan kencing dan lain lain.
3. AL KAHIL
a) Terletak di sekitar tulang leher belakang (processus spinosus vertebrae VII), antara
bahu (acromion) kanan dan kiri.
b) Merupakan titik pertemuan dan perjalanan organ pundi, empedu, lambung, usus halus, usus
besar, pundi kencing dan tripemanas.
c) Berperanan dalam penyembuhan dan pengubatan nyeri leher, demam, epilepsi, batuk, selsema, asma, punggung kebas dan lain-lain.
d) Anas bin Malik berkata: ” Rasulullah SAW. pernah dibekam di al akhda’ain dan al kahil” (HR.
At Tirmidzi, Abu Dawud, Hakim dan Ahmad).
4. HAMMAH (‘Alaa Ro’sun)
a) Merupakan titik paling atas kepala, terletak di tulang ubun-ubun (osparetale) bagian depan,
iaitu terletak di titik pertemuan antara batas rambut bagian belakang dengan batas rambut
bagian depan.
b) Berperan dalam pengobatan sakit kepala, pening, vertigo, migrain, gangguan penglihatan,
menghilangkan pengaruh sihir, stroke dan lain-lain.
5. YAFUKH
a) Terletak di titik pertemuan tulang tengkorak depan dan belakang, yaitu antara tulang ubun-ubun
(os parietale) dan tulang dahi (os frontale).
b) Pada kanak-kanak, waktu pembekaman tidak boleh dikeluarkan darahnya, kerana umumnya
pertemuan antara kedua tulang tersebut belum menutup sempurna.
c) Berperan dalam pengobatan epilepsi, vertigo, sakit kepala, gangguan penglihatan, rinorhea,
kejang dan lain-lain.
6. AL KATIFAIN
Kedua bahu. Berfaedah untuk mengubati penyakit penyakit leher. (Nabi SAW
melakukan bekam pada kedua bahu waktu diberi makanan daging kambing yang diletak
racun oleh orang Yahudi.
7. ‘ALA WARIK
Berguna untuk sakit sengal-sengal, lower back pain (Dari Jabir RA, bahwa Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam pada pinggulnya karena penyakit sengal-sengal yang dideritanya (HR. An-
Nasai, Ibnu Majah).
8. QAMAHDUAH
a) Terletak di tulang kepala belakang di sekitar tonjolan tulang
b) Bagian dimana kalu sesorang tidur terlentang maka qamahduah adalah bagian kepala yang
kena pada tanah.
c) Berperan dalam penyembuhan dan pengubatan sakit kepala belakang, pening, kurang pendengaran, sukar bercakap, schizophrenia,
epilepsi, sakit leher, pening, vertigo dan lain-lain.
9. PELIPIS DAN DAGU
Berguna untuk mengubati pening pada kepala, mengubati sakit gigi dan sakit pada bahagian
wajah, mengubati sakit kerongkongan/batuk. (Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW pernah
melakukan bekam sebanyak 3 kali pada kedua pelipisnya.
10. BAGIAN PUNGGUNG KAKI
Berguna untuk menghilangkan kutil yang tumbuh di kedua paha, betis, serta tulang
kering. Menghentikan keluarnya darah haid dan gatal-gatal pada buah testis (kantung kemaluan
laki-laki) dan saraf.
11. DI BAWAH DADA DI ATAS PERUT
Berguna untuk menyembuhkan bisul-bisul, kurap/kudis dan panau yang ada di paha, menyembuhkan
kaki yang sering nyeri, mengubati buasir, mengubati penyakit kaki bengkak (elephantiasis),
menghilangkan gatal-gatal pada bahagian punggung.
12. ‘ALA DZOHRIL QODAMI
Terletak di bagian kaki belakang di bawah lekukan lutut. Berguna untuk menghilangkan keletihan
pada bagian kaki.
13. UMU MUGITS
a) Terletak di tulang tengkorak di bagian atas agak ke belakang. Tepatnya di tulang ubun-ubun, di
2/3 bagian depan.
b) Apabila kepala dan batas rambut bagian belakang ke batas rambut bagian depan dibahagi menjadi
12 bahagian, maka umu mugits terletak di 7 bagian dari garis batas rambut bagian belakang dan 5
bahagian dari garis batas rambut bagian depan.
c) Hati-hati waktu pembekaman kepala, sebab dekat dengan pusat sensorik dan motorik, yang
menyebabkan kelumpuhan organ-organ dan alat-alat tubuh.
Kebaikan dan kelebihan berbekam
BERIKUT ADALAH ,MANFAAT BERBEKAM
- Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
- Memperbaiki aliran pembuluh darah .
- Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
- Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
- Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
- Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
- Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
- Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
- Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
- Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
- Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
- Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
- Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
- Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
- Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
Berbekam atasi masaalah jerawat
Masaalah paru2 dan batuk kronik
Antara tanda umum masalah paru-paru ialah:
- Sukar bernafas
- Nafas menjadi pendek (tercungap-cungap apabila bernafas)
- Berasa seperti tidak cukup udara
- Kemampuan untuk bersenam berkurang
- Batuk yang tidak surut walaupun mengambil pelbagai jenis ubat
- Batuk berdarah atau berkahak
- Sakit atau tidak selesa apabila menarik dan menghembuskan nafas
Kaedah menjaga paru-paru:
- Berhenti merokok
- Elak menjadi perokok sekunder
- Elak persekitaran tercemar
- Kurangkan penggunaan bahan kimia industri atau domestik
- Jika bekerja dalam industri berkaitan kimia, pakai topeng penutup muka
- Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat
- Kawal penyakit (jika anda menghidap penyakit berkaitan paru-paru)
- Dapatkan rawatan bekam secara konsisten setiap bulan
Berbekam sembuhkan Migrain
Bekam telah terbukti berkesan merawat migrain. Diriwayatkan Rasulullah saw sendiri apabila merasa sakit kepala akan menyuruh sahabatnya membekam baginda. Baginda tidak menyuruh sahabat untuk mendapatkan tabib atau ubat-ubatan untuk merawat sakit kepala baginda.
Ini menunjukkan ubat yang paling mujarab bagi migrain ialah bekam. Telah ramai pesakit yang sembuh dan memberikan testimoni yang positif tentang penyakit migrain mereka selepas berbekam.
Bekam bagi pesakit migrain akan dilakukan dibahagian tengkuk,leher,bahu,belikat dan kepala.Rawatan ini kebiasannya melibatkan 10 cup sahaja.
Selepas berbekam, pesakit migrain dinasihatkan supaya sentiasa bertenang, kurangkan stress dan memakan makanan yang seimbang untuk menggalakkan penyembuhan.
Berbekamlah, InsyaAllah anda akan sembuh dengan izin Allah
Bekam untuk pesakit asthma

Bagi anda yang menderita penyakit asma,rawatan bekam merupakan satu rawatan alternatif kepada penyakit anda.Bekam akan melapangkan dada dan paru-paru anda ,membuang darah kotor dan membolehkan oksigen sampai kepada paru-paru dengan berkesan.
Titik bekam pesakit asma dilakukan dibahagian dada,belakang,bahu dan pinggang.Ada dikalangan pesakit asma yang datang berbekam merasa sangat lega dan boleh tidur dengan lena selepas menerima rawatan bekam.
Cubalah rawatan ini dan insyallah anda sembuh dengan rawatan yang konsisten.
Kaedah terbaik pencegahan dan penyembuhan penyakit
Berbekam merupakan satu kaedah alternatif terbaik dalam mencegah dan mengubati penyakit.Kaedah rawatan ini adalah selamat dan wujud sejakl zaman Rasulullah lagi.Rawatan bekam mampu untuk menyembuhkan bermacam-macam penyakit kritikal seperti jantung,darah tingi,kencing manis,gout,migrain dan sebagainya.
Rasulullah juga sentiasa mengamalkan rawatan ini ketika baginda menghadapi sakit kepala ketika menunaikan umrahnya.Alhamdulillah sepanjang menjalankankan rawatan ini keatas pesakit ramai yang sembuh dengan bekam dan ada juga dikalangan pesakit menjalani rawatan ini secara rutin dan berkala bagi tujuan pencegahan.
Kepada anda diluarsana yang masih ragu-ragu dan bimbang ,cubalah berbekam kerana disamping menjalani Sunnah Nabi anda juga akan mendapat keberkatan dan pahala dari amalan bekam.
Stabilkan haid dengan berbekam
9 tanda toxid di dalam badan
Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh terganggu.Antaranya ialah:
1. Sering letih dan lesu

2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.
![]()
3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.
Darah tinggi pembunuh senyap

Tekanan darah adalah merupakan tekanan yang akan dikenakan pada pembuluh arteri semasa berlakunya peredaran darah yang disebabkan denyutan jantung. Penyakit darah tinggi adalah merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
-serangan jantung
-angin ahmar
-kegagalan jantung
-kerosakan buah pinggang
Cara Atasinya
amalkan cara pemakanan sihat dan cuba petua tradisional iaitu dengan meminum air rebusan daun saderi setiap hari.Juga digalakkan amalkan bekam darah 2 minggu sekali
.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)